Khamis, 23 Disember 2010

tentang kerja..


Hari ini macam biasa kerja dan kerja. tapi aku bernasib baik kerana kerja aku menjaga operasi dan staff2 aku semuanya sangat tekun bekerja dan jarang timbul masalah.Bulan ini ada division lain datang membantu..bagus juga..staff tu dapat break seketika dari kesibukan di Call Centre yang tiada noktah permasalahan nya.


Aku percaya dan masih berpegang kepada satu prinsip ia itu bila kita jadi Boss, buat baik berpada-pada kepada staff buat jahat jangan sekali, tapi aku ingatkan dia orang jangan naik kepala aku sudah, nanti takut tak boleh turun..d-.-b Tapi pelik tempat aku ni, ada orang yang ada pangkat dan kedudukan tapi takut nak pikul tanggungjawab..bila staff tu ajukan masalah customer dia terus angkat bendera putih, tak mau jawab mungkin takut kena marah dengan pelanggan tapi bagi aku..lagi banyak customer yang aku jumpa atau berkomunikasi dalam talipon semuanya jadi member baik...dunia dunia..


Aku percaya dan percaya satu hari bila aku berhenti pangkat orang dah tak pandang lagi,cuma apa yang kita buat untuk menyelesaikan masalah akan terus diingati,nama mu senantiasa dibibir no handphone terus disimpan dalam address book...Bagi aku sesungguhnya Tuhan itu maha kaya, pangkat tak penting, hati mesti gembira dan datang kerja dengan tenang sekali.

tentang kerja..